Termenung sambil memerhatikan alam ciptaan tuhan
sememangnya memberi banyak inspirasi kepada manusia. Begitulah dengan Krysa yang
sangat suka memerhatikan ciptaan tuhan yang begitu indah .”Hoi!… amboi,
termenung panjang nampak.” Krysa yang sedang termenung di tepi tingkap rumahnya
tersedar dari lamunan apabila datang satu suara dari belakangnya.
“ Ish, kau ni Wani suka buat aku terkejut
kan. Kau nak aku mati cepat ke?” Sergah Krysa kepada teman baiknya Wani kerana
terlalu terkejut. Wani menyambut kata-kata Krysa kepadanya dengan selamba
” Ala Krysa, kau tu kenapa asyik termenung
panjang je sampai aku bagi salam pun kau tak perasan .Aku ingatkan rumah kau ni
tak ada orang tadi.Nasib baik mak kau keluar tau”.Terang Wani .
”Dah tu, kau datang sini untuk apa?” Krysa
cuba juga untuk bertanya hajat Wani tentang kedatangannya ke rumah Krysa kerana
kebiasaannya Krysa yang akan mengajak Wani datang ke rumahnya . Itupun kerana
Krysa ingin belajar bersama Wani,tetapi kedatangan Wani pada hari itu
menimbulkan seribu pertanyaan.
”Krysa sayang....kau ni macam tau-tau je
kenapa aku datangkan. Aku
Cuma nak tanya kau, macam mana dengan tawaran sambung belajar di MRSM? Engkau terima?”
Wani memberitahu hajatnya itu dengan bersungguh-sungguh.” Aku sebenarnya
berat nak pergi sebab Kuantan tu jauh la tapi aku tetap kena pergi sebab itu
masa depan aku”. Diterangnya Krysa kepada temannya Wani.
“ A’a , bagusla keputusan kau tu. Tapi kau
jangan pulak lupakan aku kat sini tau, kawan baik kau.”
”Mestilah aku tak lupa la. Kalau cuti, aku
akan balik jumpa kau sahabatku.” Krysa menenangkan hati sahabatnya yang tiba-tiba
berlinangan air mata mendengar kata persetujuan Krysa untuk sambung belajar di
MRSM Kuantan.
”Esok aku akan bertolak pagi, aku pergi awal pagi tau. Aku
tak sempat jumpa kau tapi tak apa lah kita kan dah jumpa hari ni”. Krysa dan Wani berpelukan tanda perhubungan
mereka yang sangat akrab tidak akan putus walaupun mereka perlu berpisah buat
sementara waktu. Mereka sangat rapat kerana telah menjadi sahabat akrab dari
darjah satu sampai tingkatan tiga.Walaubagaimanapun, keputusan PMR Krysa lebih
baik berbanding Wani.Oleh itu, dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya ke
tingkatan empat di MRSM Kuantan.

No comments:
Post a Comment