Sunday, 1 December 2013

usaha tangga kejayaan. Itulah yang selalu diungkapkan oleh kita.Apakah kita faham ape yang kita sebut itu?
 usaha bukan perkara yang mudah untuk dilakukan . Berbekalkan ketabahan dan kesabaran barulah usaha itu membuahkan hasil yang berkualiti.

Walaupun payah untuk meyecapi sesuatu yang diinginkan, janganlah kita putus asa kerana putus asa seseorang itu akan membinasakan harinya kelak.

saje-saje sambil berkhayal


   Termenung sambil memerhatikan alam ciptaan tuhan sememangnya memberi banyak inspirasi kepada manusia. Begitulah dengan Krysa yang sangat suka memerhatikan ciptaan tuhan yang begitu indah .”Hoi!… amboi, termenung panjang nampak.” Krysa yang sedang termenung di tepi tingkap rumahnya tersedar dari lamunan apabila datang satu suara dari belakangnya.
   “ Ish, kau ni Wani suka buat aku terkejut kan. Kau nak aku mati cepat ke?” Sergah Krysa kepada teman baiknya Wani kerana terlalu terkejut. Wani menyambut kata-kata Krysa kepadanya dengan selamba
   ” Ala Krysa, kau tu kenapa asyik termenung panjang je sampai aku bagi salam pun kau tak perasan .Aku ingatkan rumah kau ni tak ada orang tadi.Nasib baik mak kau keluar tau”.Terang Wani .
   ”Dah tu, kau datang sini untuk apa?” Krysa cuba juga untuk bertanya hajat Wani tentang kedatangannya ke rumah Krysa kerana kebiasaannya Krysa yang akan mengajak Wani datang ke rumahnya . Itupun kerana Krysa ingin belajar bersama Wani,tetapi kedatangan Wani pada hari itu menimbulkan seribu pertanyaan.
   ”Krysa sayang....kau ni macam tau-tau je kenapa aku datangkan. Aku Cuma nak tanya kau, macam mana dengan tawaran sambung  belajar di MRSM? Engkau terima?”
    Wani memberitahu hajatnya itu dengan bersungguh-sungguh.” Aku sebenarnya berat nak pergi sebab Kuantan tu jauh la tapi aku tetap kena pergi sebab itu masa depan aku”. Diterangnya Krysa kepada temannya Wani.
   “ A’a , bagusla keputusan kau tu. Tapi kau jangan pulak lupakan aku kat sini tau, kawan baik kau.”
   ”Mestilah aku tak lupa la. Kalau cuti, aku akan balik jumpa kau sahabatku.” Krysa menenangkan hati sahabatnya yang tiba-tiba berlinangan air mata mendengar kata persetujuan Krysa untuk sambung belajar di MRSM Kuantan.
   ”Esok aku akan  bertolak pagi, aku pergi awal pagi tau. Aku tak sempat jumpa kau tapi tak apa lah kita kan dah jumpa hari ni”.  Krysa dan Wani berpelukan tanda perhubungan mereka yang sangat akrab tidak akan putus walaupun mereka perlu berpisah buat sementara waktu. Mereka sangat rapat kerana telah menjadi sahabat akrab dari darjah satu sampai tingkatan tiga.Walaubagaimanapun, keputusan PMR Krysa lebih baik berbanding Wani.Oleh itu, dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya ke tingkatan empat di MRSM Kuantan.